Friday, February 17, 2012

Nota buat bakal raja sehari

Its not my post, Sarah copy paste dari Alyasyaqiera yang Sarah rasa amat2 berguna.
:)

Hey all..

Aku jumpa ini, di post oleh seorang member dalam group Bride-to-be 2012, which is aku fikir sangat baik untuk dikongsi. Teks asal dicatat daripada pengalaman dan pandangan seorang wedding photographer. Jom baca. =)
- Alyasyaqiera


1. Nak kawen :

survey apa yang perlu 6 bulan sebelum, book apa yang perlu 3 bulan sebelum. tp ramai sekarang ni awal2 gila dah book, bagus juga.

2. Pegi fitting baju :

make sure ikut selesa dan kehendak anda, warning awal2 kat butik tak perlu nak longgarkan takut gemok ke apa or kalau saiz lari,

3. Pelamin :

Kalau boleh jangan banyak tiang2. Pilih yang luas sedikit, supaya muat semua saudara-mara 8 generasi tu nak masuk dalam gambar. Depan pelamin kalau boleh letak karpet, baru nampak lawa kan.

4. Warna Pelamin :

Lagi banyak warna putih, lagi cantik. Janji ada putih pun ok. So, guest yg duduk belakang2 tengah makan tu akan nampak dengan jelas pelamin anda itu dari jauh.

5. Mak andam offer photografer :

Boleh consider, tapi lebih baik cari sendiri, ikut kepuasan sendiri.

6. Pelamin :

Depan pelamin kalau boleh ada karpet, lawa sikit kan...

7. Katering or rewang :

Better go for Katering, banyak belanja tapi your family & saudara mara lebih enjoy & happening kalau tak kena buat bnyak keja. So gambar akan lebih banyak gelak senyum tawa, kurang la sikit wajah2 stress mak ayah yang risau nasi dah habis ke, ais habis ke.

Tapi biasa kalau di kampung yang buat rewang, rewanglah. Tiada masalah.

8. Karaoke :

Nak nampak best, upah band yang pro (jangan la band2 yang teruk pula, at least yg penah org suggest atau anda pernah tengok sendiri).

Nak nampak cool, pasang je MP3 lagu2 pilihan anda, lagu semua lebih sedap, telinga lebih selesa mendengar, tak semestinya lagu kahwin saja, yg penting lagu2 yang agak mild, & diselang-selikan denga lagu yang rancak sedikit, takut nanti ada pula yang mengantuk dengar lagi mild semua macam lullaby. hehe

Last choice: karaoke.. Kalau yang nyanyi sumbang, tahan je la telinga. Atau pun, kenalpasti dalam kalangan keluarga atau kawan2 rapat yang memang juara karaoke, suara boleh tahan, minta tolong dia nyanyikan satu dua buah lagu untuk majlis anda. =))

9. Nikah :

Buat malam, selepas Isyak, sejuk sikit. Kalau pagi hari yang sama, pengantin akan lebih penat nanti, & maybe termiss beberapa perkara kecil yang penting. Kemudian, boleh ajak photographer pergi outdoor sekejap, 2-3 shoot bawah lampu.

10. Bersalam2an masa nikah & selepas :

Jangan salam laju2. Hold dulu tangan setiap tetamu yang sedang disalam, bagi photographer snap gambar. Baru nanti hasil gambar jadi cantik.

11. Nikah @ Masjid/Rumah :

Kalau rumah sempit, buatlah majlis nikah di masjid/surau berdekatan.

12. Guestbook :

Bagus kalau ada. Tetamu yang datang boleh sign & bagi ucapan buat pengantin baru. Guestbook ni kalau ada, pengantin boleh simpan dan akan jadi kenangan sampai bila2.

13. Kalau ada peluang renovate umah :

Cat dengan warna yang cerah untuk nampakkan ruang yang luas, sedap mata memandang. Untuk langsir, gunakan kain yang berwarna cerah.

14. Sesi persalinan baju daerah :

Tak payah la, kalau mak andam offer pun cakap je terima kasih. Sebabnya, akan menambah penat pengantin nanti + penulis rasa macam kelakar. Kalau nak shoot beberapa persalinan baju, lebih baik buat di tempat lain & betul2 pilih persalinan yang mahu dipakai, bukan seperti terpaksa pilih antara baju India, kemudian Jepun, kemudian Minang bla bla yg mcm zaman dulu2.

15. Bahan menepung tawar dah tersedia dalam bekas :

Sebelum keluar bersanding mak esure kalau ada sesi menepung tawar, bahan2 yang nak direnjis tu dah diisi dan ada di atas pelamin. Tanya kepada mak atau adik, tanya & confirm kan benda2 tu dah diisi atau belum. Ataupun ketika ini, pengapit boleh jalankan kerja dengan memeriksa bahan2 tersebut dalam bekas.

16. Makan Beradap :

Kalau boleh, pastikan ada tabir di belakang pengantin, jangan kosong, nampak pokok, rumah, longkang, kereta & etc di belakang. Gambar tak cantik nanti.

17. Pengapit :

Ingatkan pengapit anda supaya membawa tisu, payung, kipas. (ingatkan 2 -3 kali pun tak mengapa, biar tak tertinggal daripada terpaksa kipas pakai tangan nanti).

18. Berarak :

Lepaskan Azan Zohor dulu. Tak elok la masa berkompang2 sama dengan azan.

19. Pengapit atas pelamin :

Pesan kepada pengapit, semasa sesi menepung tawar, berhenti kipas pengantin sekejap, sebab akan mengganggu photographer.

20. Sesi melempar gula2 :

Penulis suka jika pengantin ada lempar gula2 semasa di pelamin, sebab masa itu baru dapat snap senyum natural & gelak ketawa dengan tetamu yang kat depan tu.

21. Gambar outdoor :

Nak nampak kelas, banyakkan shoot outdoor TANPA memandang kamera. (kalau gambar di pelamin dengan family sedara mara ke yang wajib tu standardla).

22. Cake topper :

Penulis ada perasan di Midvalley ada booth yang boleh buat patung kecil sama seperti gambar orang yang ditiru. 300++ kalau tak silap. Klau ada, cun juga, kelihatan cute la majlis tu nanti kononnya.

23. Jangka masa majlis :

Beritahu kawan2, kalau nak datang tu jangan smpai pukul 5. Katering smpai pukul 4 je pun. Kemudian, pengantin nak pergi shooting outdoor lagi. Kalau tak dapat salam berjumpa pengantin tu mintak maaflah ye, dah cakap awal2 jangan datang lepas pukul 5.

24. Tarian :

Upah penari2 zapin ke, Istana budaya ke, menari2 sikit, kata Raja Sehari.

25. Susunan aturcara yg aku rasa sesuai :

· Berarak dgn kompang (pempuan kiri, laki kanan, tangan kanan pmpuan kepit tangan laki)

· naik pelamin (kadang2 ada doa, tengok family la)

· renjis (JANGAN AMIK GAMBR FAMILY TIME NI! Kalau da sekali ko kena tahan ko nak amik gambar, abih member ko yg lain, sedara2 pun tahan ko) so da rugi beberapa minit, family pelawat tu panas lapar nak makan tau...

· turun pi makan beradab (tunggu! doa kejap..)

· ok dah makan kejap je, xyah la smpai licin pinggan ikan ayam dan udang tu..

· potong kek (xyah tengok kamera, ko suap org ada ke tengok tempat lain??)

· ajak family belah pelawat shoot gambar dulu (sebab diorang nak blk japgi)

· pastu sedara family pelawat

· pastu member2

· pastu turun salam2 tetamu (ingat, diorang dtg nak tengok pengantin, bukan nak salam makan jek) "Jemputlah makan!"/ "Terimakaseh datang!" / "Lama tak jumpa, duduk mana skrg" / bla bla kejap je sudah...

· tetamu da xramai, ajak family tuan umah bergambar puas2, tergolek terlentang semuanya la..

· pastu pose la sikit kat pelamin berdua, da bayar pelamin berhempas pulas xbergambar rugi plak..

· pastu pi la shoot outdoor..

26. Rasa kekok depan org ramai?? :

o Tak perlu fikir sebarang kekurangan diri anda, konfiden je macam biasa & tak payah kontrol2 sebab selalunya gambar tak cantik kalau kontrol2 ni. Ingat dalam kepala jangan hirau orang lain, ini majlis anda dan anda punya suka la nak buat apa. Kalau nak ketawa, ketawa saja. Candid yang terbaik adalah yang datang secara natural.

o Rehearsal : tanya photographer yang anda dah book tu, boleh tak nak buat pre-wed di tempat public?

o Pasangan anda sukar berposing candid? Senang saja, tarik telinga dia, cucuk perut dia, gelak ketawa yg dapat dicapture itulah yg paling beremosi dan tak akan basi kalau ditatap sampai bila2 dalam album anda.

27. Bajet fotografi & videografi :

Survey cukup2. Lebih senang klau anda bagitahu mereka anda ada banyak ni & then tanya apa mereka boleh bagi, kemudian rundinglah yang terbaik.

28. Hari majlis yg dicadangkan :

Sabtu. Sebab Ahad boleh rehat2 lagi, orang jauh pun boleh datang tak kisah sebab esok cuti lagi.

29. Minggu majlis yg dicadangkan :

Awal bulan. Sebab dapat lebih banyak hadiah nanti.

30. Masa nak berarak :

Pandang depan tengok org & senyum macam biasa. Jangan pandang bawah

31. Masa bersalaman:

Nak bersalam2 atau laga pipi, mulut tak payah muncung2, senyum je. Jangan tonyoh hidung/dahi smpai penyek, letak asal jejak je sudah.

32. Masa di atas pelamin :

Pun, jangan asyik tengok bawah je, tengok depan ye.

TEKS ASAL: NOTA BUAT BAKAL RAJA SEHARI @ shagrasyiid.com
Olahan semula by: Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...