Saturday, February 25, 2012

cara membasuh tuala wanita

Alyasyaqiera

i just love Alyasyaqiera's blog. banyak info that i can collect. hehehe.
so here, i just rip off dari blog dia;

Dari segi bahasa haid adalah bermakna As-Saylan yang bererti mengalir. Haid juga sesuai dengan perkataan azayan yang bererti kotoran. Sebagaimana firman Allah SWT :


“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat".
(Al-Baqarah : 222)

Hai all.


Kebersihan bagi aku adalah sangat penting. Terutamanya kebersihan diri sendiri. Seseorang yang malas mandi, malas gosok gigi, dan enggan pakai deodoran sudah cukup membuatkan orang disekelilingnya berasa tidak selesa apabila berada berhampiran.


Bagaimana pula dengan gadis yang tak jaga kebersihan diri sendiri? Lawa macam mana pun, kalau pengotor, mashaAllah, boleh tunggang terbalik hidupnya nanti. Sebab diri sendiri pun tak boleh handle, inikan pula apabila berkeluarga nanti.


Wanita dan datang bulan atau period atau berhaid memang tak dapat dipisahkan. Namun, mungkin ada antara wanita yang tak tahu menguruskan tuala wanita atau pad yang sudah dipakai. Ada yang berpendapat, tuala wanita/pad yang telah dipakai cukup sekadar dibuang ke dalam sanitary dispenser. Euwww sangat menjijikkan bagi aku. At least basuh la dengan bersih wahai wanita sekalian. Jijik sungguh kalau darah anda terlihat oleh orang lain. Tak susah mana pun.


So marilah ikut step by step cara membasuh tuala wanita:

  1. Pastikan anda berada dalam TOILET!! Toilet okay (yang ada toilet bowl tu). Bukan SHOWER!
  2. KOYAK satu hujung tuala wanita/pad anda yang telah digunakan.
  3. Buangkan isi KAPAS dalam tuala wanita/pad ke dalam toilet bowl. Ingat! KAPAS! Bukan buang semua tuala wanita/pad tu dalam toilet bowl, habislah tersumbat nanti!
  4. *Kalau pakai brand KOTEX tu, kan dia ada jalur biru ditengah2 tuala wanita/pad. Yang itu jangan buang dalam toilet bowl, sebab dia plastik! Ingat! Yang sebabkan tandas tersumbat adalah plastiknya.
  5. FLUSH isi kapas yang dibuang tadi.
  6. Sekarang, tuala wanita/pad cuma tinggal PLASTIK LUAR sahaja.
  7. BASUH plastik tuala wanita/pad menggunakan pancuran air dari getah paip sehingga darah hilang. Memadai basuh dengan air sahaja.
  8. GULUNG tuala wanita/pad dan perahkan air lebihan (atau toskan air sudah memadai).
  9. BALUT tuala wanita/pad dengan plastik (atau surat khabar).
  10. *Kalau dah basuh bersih tu, buang saja dalam plastik pun dah memadai.

Senang kan? Tapi ramai wanita di luar sana masih tak tahu cara membersihkan tuala wanita/pad sendiri. Ada juga yang basuh ala kadar (berkemungkinan geli dengan darah sendiri). Kemudian buang dalam plastik yang lutsinar. Kemudian darah tersebut bertakung dalam plastik dan kelihatan dari luar. Bila sekali dah ternampak, berhari2 juga teringat dan membantutkan selera makan. Ada juga nampak darah meleleh keluar dari plastik yang bocor. Yucks!


Come on lah girls. Takkan uruskan tuala wanita/pad pun tak tahu kan! Nanti dah berkeluarga beranak pinak, kena bersihkan najis anak pula kan. So belajarlah jadi pembersih dari sekarang! Tak rugi jadi pembersih. Orang lain pun akan jadi selesa tinggal dengan anda nanti. =))


Till here. Semoga entry menjadi panduan. =)


p/s: Sebarkan hal ini terutamanya kepada rakan2 gadis tanda anda sayang padanya. =))


REFERENCE & OTHERS:

Blog Ustaz Nor Amin: Darah Haid Wanita Mengikut Hukum Fiqh
Dunia Sebelah Zara: Tuala Wanita Perlu Dicuci Ke?
bincang.net: Hukum Mencuci Pad

with love,

Alya Syaqiera

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...