Sunday, February 26, 2012

tips komunikasi suami isteri

yes. yes.
walau kita belum kahwin, kita kena tahu kan tips2 macam ni utk mengekalkan hubungan kita.
am i right?
hehe.
so, i just rip off dari blog dairi kahwin diera

Salam pembuka bicara..


Hari tu, saya pergi kursus kahwin dengan kawan bukan dengan tunang sebab dia dah pergi kursus kahwin masa study dulu.


Jadi, saya ada buat la sedikit catatan sepanjang berkursus. Ingat kan nak bagi tunang baca tapi jumpa tunang pun belum lagi. Makanya, saya share la di sini sebab saya tahu Z pembaca setia blog ni.


Masalah bercerai yang berlaku di Malaysia ni biasanya disebabkan oleh masalah komunikasi, tak ada duit dan tak pandai uruskan masa (lebih kan masa dengan bekerja atau lebihkan masa bersama kawan-kawan). Jadi, jom kita bercakap mengenai komunikasi antara suami dan isteri.


Tips dalam berkomunikasi:-


1. Kena sentiasa bagi maklumat atau bertukar maklumat. Setiap maklumat kena jelas. Jangan ada yang tergantung.
Contoh: malam ni pukul 9 malam ada meeting dekat restoran xx pasal xx.

2. Sentiasa memberi pesanan. Ini tanda kasih.
Contoh: hati-hati pergi kerja. semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati Allah

3. Sentiasa bertukar-tukar perasaan melalui perkataan atau perbuatan. Kalau bergaduh, jangan sampai 3 hari berterusan tak bercakap. Lelaki kena mengalah dan pujuk dengan sentuhan.

4. Luangkan masa untuk berbual. 5 tahun pertama tahap kritikal dalam rumah tangga. Akan selalu terasa hati, jeles dan syak wasangka.

5. Jangan cerita pasal hal rumah tangga dengan orang lain. Bila kita sudah bercerita, kita telah berkongsi suami dengan orang lain. Persepsi orang tak akan berubah walaupun suami kita telah berubah.

6. Kena saling mempengaruhi. Kita mesti tahu macam mana nak pengaruhi pasangan kita. Jangan sombong, jaga peribadi dan doa kepada Allah swt

7. Kalau bergaduh, tengok pada persekitaran. Jaga maruah suami dan diri, jaga aib muka pasangan. Lelaki perlu memimpin wanita sebab akal lelaki lagi kuat. Masa bergaduh, jangan bergaduh hadapan anak-anak terutamanya yang masih kecil-kecil.


Bentuk komunikasi


1. Face to face
2. Bahasa badan
3. Bagi barang / hadiah malah air minuman. Tapi semua pemberian sebut lah hadiah walaupun segelas air. Supaya orang ingat kita.
4. Guna perantaraan untuk berhubung macam SMS, emel, telefon dan sebagainya


Ini hanyalah sebahagian sahaja. he. Nanti sambung ya encik Z.


xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...